Thursday, May 20, 2010

mengarut.. n just nak luah kat sini.. heee

Hati gembira pulang kesini..
Bila badan ini bertemu semula dengan hatinya..
Bila badan ini bertemu semula dengan jiwanya..
Yang telah lama ditinggalkan kerana ini menggapai sebuah ilmu..

Disaat diriku ini masuk ke denai masuk rumah..
Ku dapat menghirup udara yg lama ku tinggalkan..
Ku melihat setiap pohon dijalanan..
Ianya sungguh nostagia~

Waktu pagi, ku bangun awal.. Seawal pukul 6..
Untuk merasakan kesejukan air subuh..
Terasa air itu panas bagiku..
mungkin kerna terlalu biasa dgn kesejukan..

Ku naik motosikalku dan melihat orennya matahari pagi..
Mengimbau kembali tabiat setiap pagiku dulu..
Ah..mengapakah kemaraku hilang..
Jika tidak dapat ku tayangkan kepada dunia kecantikan kampungku..
Emm.. mungkin ade hikmahnya ianya hilang, supaya aku tidak sombong dgn kecantikan kampung ini.. hee..

Tapi, tetiba diri ini rasa kehilangan,
Seseorang yg pernah buat diri ini gembira..
Sepinya kawan itu membuatkan diri ini terkilan..
Adakah aku tersilap kata?
Adakah aku tersilap tingkah?
entahla...

mungkin ada hikmatnya sepinya..
mungkin ade hikmatnya hilang bicaranya...
mungkin....

Allah sahaja maha Mengetahui segalaNya..

1 comments:

atiqahmohammadkhuzaini said...

rindu pmndgn dan kesejukan subuh di malaysia.
mcm bestttt je kg shikin!hua tringin nk pegi. rindu pantai malaysia jugak. huhu.